NADI X KESEDARAN: WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT – LAWAN BERITA PALSU
21 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20 Ogos 2025 bersamaan hari Rabu, Webinar Kempen Internet Selamat – Lawan Berita Palsu di bawah bimbingan Encik Harith telah diadakan. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran peserta mengenai ancaman berita palsu di alam maya serta memberikan panduan bagaimana cara untuk mengenal pasti, menilai dan menangkis penyebaran maklumat tidak sahih dalam kehidupan seharian.
Aktiviti Utama:
- Definisi Berita Palsu
- Jenis-jenis Berita Palsu
- Modul Perkongsian Berita Palsu
- Modus Operandi Terkini Berita Palsu
- Kesan Menghadapi Berita Palsu
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada para peserta untuk memahami kepentingan berfikir secara kritis sebelum mempercayai atau menyebarkan sesuatu maklumat, serta membinar daya tahan digital dalam menentang penyebaran berita palsu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: